Halaman

29 Mac 2012

Ombak Rindu Full Movie Watch Online

Sinopsis Filem Ombak Rindu
Filem Ombak Rindu diadaptasi dari novel popular OMBAK RINDU karya Fauziah Ashari.Filem ini hasil terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantell Pictures.

Sinopsis Filem Ombak Rindu :

Izzah (Maya Karin), seorang gadis yatim piatu tinggal bersama ayah saudaranya, Taha, selepas kematian bapa dan ibunya akibat kemalangan jalan raya. Mengharapkan keluarga ayah saudaranya dapat menjaganya dengan baik namun, sebaliknya berlaku.

Pak Cik Taha seorang yang banyak berhutang. Dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam kerana kesempitan wang. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup membayar tauke kelab itu dengan harga yang mahal untuk membawa keluar Izzah dari kesengsaraaan yang dihadapinya itu.

Atas permintaan Izzah, Hariz berkahwin dengannya, tetapi Izzah mahukan pernikahan mereka dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, seorang model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Apakah kesudahan cerita ini? Adakah Izzah dapat menerima Mila sebagai madunya? Bagaimana pula reaksi Datuk Sufiah setelah mengetahui kebenaran antara Izzah dan Hariz?














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger