Halaman

Memaparkan catatan dengan label Articel and Latest Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Articel and Latest Info. Papar semua catatan

23 Jul 2012

Jadual Imsak Dan Buka Puasa Seluruh Malaysia 2012 / 1433 H



image
Salam Ramadhan al Mubarrak .Ahlan wasahlan wamarhaban bikum . Semoga kedatangan Ramadhan pada tahun ini memberi seribu satu keberkatan kepada semua umat Islam. Alhamdulillah kita bertemu lagi pada Ramadhan kali ini. Mungkin pada Ramadhan akan datang kita tak akan bertemu lagi. Jadi marilah bersama sama kita tingkatkan amalan di bulan kemuliaan yang penuh berkat dan ganjaran ini.

Dan semestinya , kewajipan puasa adalah perkara utama dalam bulan Ramadhan ini. Bukan sahaja menahan diri dari kelaparan, tetapi juga dari segala perbuatan perbuatan tidak baik yang lain. Disini admin lampirkan Jadual Berbuka Puasa dan Imsak bagi seluruh Malaysia mengikut negeri dan zon masing masing, Semoga membantu anda semua membuat rujukan semasa berbuka puasa dan imsak.
**pastikan komputer anda mempunyai aplikasi PDF @ Adobe Readers
UPDATE TERKINI 21 JULAI 2012


8 Jul 2012

VIDEO: Iklan Anti Merokok Thailand Di Youtube Disebut Sebagai Yang Terbaik Di Dunia


Sebuah video iklan anti-merokok di Thailand menerima banyak pujian setelah dimuat ke laman web Youtube. Dalam video itu diperlihatkan dua anak kecil berpura-pura meminjam mancis buat menyalakan rokok tapi ditolak mentah-mentah oleh para perokok dewasa.

Sejak dimuat pada 21 Jun lalu oleh pemilik akaun EyadAlasibi, video itu sudah disemak lebih dari dua juta orang. Tercatat 18 ribu orang lebih menyukai isi tayangan itu dan yang menuliskan pendapat dalam kolom komentar hampir dua ribu orang.

Tayangan video berjudul Smoking Kid dibuat oleh Yayasan Promosi Kesihatan Thailand. Di awal terlihat beberapa perokok dewasa sedang asyik merokok. Mereka tidak sedar sedang diambil gambar lantaran dilakukan dengan kamera tersembunyi.
Tiba-tiba saat sedang asyik mengepulkan asap kenikmatan, masing-masing perokok di tempat berbeza itu didatangi kanak-kanak, satu lelaki dan perempuan. Perokok dewasa, lelaki dan perempuan, terkejut ketika si budak hendak meminjam maancus sambil mengeluarkan sebatang rokok.
Lucunya para perokok dewasa itu tidak mahu meminjamkan mancis kepada para budak itu. Bahkan dalam salah satu adegan, seorang perokok wanita mengatakan hal itu tidak baik untuk kesihatan dan menyuruh kanak-kanak itu berhenti merokok. Ada salah satu perokok lelaki sempat menceramahi budak itu jika kegiatan merokok itu boleh menyebabkan kanser, emfisema, stroke, dan lain-lain.
Saat asyik menceramahi, tiba-tiba para budak itu balik bertanya, “Jadi kenapa anda merokok?” Langsung saja para perokok dewasa itu tidak terkata menghadapi soalan itu. Sejurus kemudian, anak lelaki dan perempuan itu menyodorkan sebuah kertas mengandungi kalimat berbunyi, ‘anda peduli dengan saya. Lalu kenapa anda tidak peduli dengan diri anda? Ingatkan diri anda adalah langkah yang paling berkesan buat berhenti merokok. ‘
Setelah kedua-dua anak kecil itu meninggalkan masing-masing perokok, mereka pun terdiam. Ekspresi wajah mereka berbeza-beza. Ada yang terkejut, terdiam, menggaru kepala, dan langsung memasukkan kertas itu terus ke saku seluar.(tabekpuang.blogspot.com

14 Jun 2012

Gambar Awan Pelik Yang Berlaku Di Sabah Pada 12 Jun 2012.





 

Kota Kinabalu digemparkan dengan kejadian awan yang berbentuk luar biasa, jarang sekali kita melihat awan seperti ini sebelum ini dan mungkin belum pernah pun. Awan aneh terbentuk pada jam 7:50 hingga 9:15 pagi 12 Jun 2012. Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan. 

Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah. Namun begitu menjelang tengah hari, ribut kencang beserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah. Amaran ini juga telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

 

 
 

 

Punca kejadian adalah dipercayai daripada taufan yang sedang melanda filipina. Taufan yang kedua sedang menuju ke arah negara Filipina mungkin adalah penyebab kejadian awan pelik di bahagian Pantai Barat Sabah berlaku. sumber 

p/s : Memang kecut perut sesiapa yang tengok awan macam ni, dalam hati terdetik kecil dan kerdilnya diri kita ni. Ini mungkin sebagai peringatan Allah SWT kepada kita. Marilah kita semua berdoa dan bermuhasabah diri agar dijauhkan dari segala bala dan musibah. Hanya Allah yang mengetahui. Allahuakbar...

13 Jun 2012

Denmark vs Portugal EURO 2012 Online Streaming


Saksikan perlawanan EURO 2012 secara online disini.
Ini adalah merupakan perlawanan antara Denmark vs Portugal dalam kumpulan B bersama negara German dan Netherlands.
Perlawanan dijadualkan jam12.00 a.m waktu Malaysia.
Berikut adalah beberapa link2 online streaming antara Denmark vs Portugal.
Enjoy!!!












11 Jun 2012

Republic of Ireland vs Croatia EURO 2012 Online Streaming.


Saksikan perlawanan EURO 2012 secara online disini.
Ini adalah merupakan perlawanan antara Republic of Ireland vs Croatia dalam kumpulan C bersama negara Sepanyol dan Itali.
Perlawanan dijadualkan jam2.45 a.m waktu Malaysia.
Berikut adalah beberapa link2 online streaming antara Republic of Ireland vs Croatia.
Enjoy!!!










15 Apr 2012

Air Laut Berubah Warna, Satu Petanda ?



TANJUNG – Setiausaha Unit Nelayan Sungai Gelugor, Zaharah S Jaafar memaklumkan nelayan di situ sudah mula menyedari perubahan warna air laut sejak tiga hari lalu.
Menurutnya, perubahan warna itu didapati ketika kesemua nelayan melakukan kerja menangkap ikan.
“Ada antara anak-anak buah saya yang cerita air laut berubah dan hasil tangkapan juga sangat sedikit.
“Ada antara mereka yang bawa balik ikan dua tiga ekor ikan sahaja,” katanya yang mengulas kejadian dihadapi nelayan pihaknya, susulan gempa bumi kuat berlaku di Aceh Indonesia, kelmarin.
Sinar Harian dimaklumkan biasanya air laut berwarna biru kehijauan, tetapi berubah kelabu atau keruh dua tiga sebelum gempa terbabit berlaku.
Tambahan tangkapan di laut terbuka
Terdahulu, Zaharah memaklumkan, sejurus mendapat berita gempa dan terasa gegaran di Gelugor, dia segera menghubungi kesemua nelayan Sungai Gelugor yang berada di tengah laut.
Menurutnya, sehingga jam 6 petang hari kejadian gegaran itu, dia menunggu nelayan berkenaan di jeti, namun kesemuanya ketika itu tidak tahu gempa yang berlaku dan ada amaran tsunami dikeluarkan masa itu.
“Setelah tiba di darat ada yang maklumkan air di laut berkocak lain macam berbanding hari biasa, rupa-rupanya gempa,” katanya.
Sementara itu seorang lagi nelayan, Farid Mohd Mustafa, 29, berkata, dia tidak berasakan perubahan yang ketara terhadap hasil tangkapannya.
Menurutnya, namun ketika berada di laut terbuka, hasil tangka-pannya meningkat berbanding sebelum ini.
“Tetapi jika dibandingkan pada tahun 2004 iaitu seminggu sebelum tsunami, kami nelayan memperoleh RM10,000 seminggu hasil dari tangkapan laut.
“Bagi gempa kali ini hasil tidak ketara, namun tidak dinafikan memang ada pertambahan tangkapan di laut terbuka,” katanya.
Farid turut memaklumkan kebanyakan nelayan semalam hanya berehat kerana masih dalam keadaan berjaga-jaga.
Lokasi tumpuan lengang
Tinjauan Sinar Harian sejurus selepas amaran tsunami ditarik balik mendapati lokasi tumpuan pengunjung pada jam 12 tengah malam iaitu persiaran Queensbay Mall dan Padang Kota Lama masih agak lengang.
Peniaga dengan kenderaan lori yang biasanya sudah membuka perniagaan mereka pada waktu petang sehingga ke malam, tetapi sebaliknya lokasi berkenaan sunyi sepi.
Salah seorang pengunjung, Khusairi Abdullah berkata, kebanyakan peniaga di luar kawasan Queensbay Mall itu menjadi tumpuan selepas semua pengunjung keluar dari pusat membeli belah berkenaan.
Dia yang juga antara ribuan orang ramai di situ memaklumkan kebanyakan lori-lori gerai di situ diserbu untuk membeli makanan.
“Perniagaan mereka pada masa itu laris dan kemungkinan besar waktu malamnya mereka sudah tutup kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini kerana lokasi perniagaan mereka terletak berhampiran dengan laut,” katanya.
Air laut surut, sungai kering
Tinjauan ke kawasan terbabit juga mendapati air laut surut kira-kira sejauh 100 meter, berbanding dengan hari biasa.
Pada malam yang sama kakitangan sebuah hotel memaklumkan sungai yang menghala ke pantai di Batu Ferringhi kering secara tiba-tiba.
Menurut sumber, kebanyakan pengunjung hotel yang mendaftar masuk pada waktu tengah hari pula kemudiannya ramai yang mendaftar keluar gara-gara bimbang akan kejadian.
Susulan kejadian gegaran rumah ketika gempa kelmarin, Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Pangsapuri Nibong Indah di Sungai Nibong, Tengku Hazman Tengku Hassan mencadangkan supaya latihan kebakaran dilakukan di perumahan tersebut.
Menurutnya, cadangan latihan itu kerana kebanyakan penduduk tidak mengetahui cara yang betul ketika berlakunya kecemasan.
“Kemungkinan besar selepas ini kami akan mengadakan kawad latihan kebakaran bagi membolehkan penduduk tidak cemas dan semuanya dapat diselamatkan.
“Gegaran yang dialami penduduk kelmarin adalah antara kejadian kedua paling kuat selepas tsunami pada 2004. Selepas tsunami juga ada berlaku gegaran iaitu antara tahun 2005 hingga 2012, tetapi ini antara terkuat dan yang paling dirasai,” katanya.
Aktiviti harian seperti biasa
Walaupun rata-rata masyarakat di negeri ini masih heboh memperkatakan berhubung isu gempa, gega-ran dan tsunami semalam, namun mereka sudahpun kembali melakukan aktiviti harian seperti biasa.
Difahamkan, tiada rasa gusar di kalangan mereka melainkan hanya menjauhi kawasan pantai serta buat masa ini lebih peka dengan maklumat daripada laman web, berita televisyen dan juga Facebook.
- Sinar Harian -

Berita Harian Online | Reds ke final

Berita Harian Online | Reds ke final



ANDY Carroll menanduk masuk gol kemenangan Liverpool pada saingan separuh akhir Piala FA di Wembley, malam tadi.
ANDY Carroll menanduk masuk gol kemenangan Liverpool pada saingan separuh akhir Piala FA di Wembley, malam tadi.
Tandukan Carroll minit ke-87 bawa Liverpool ke final Piala FA 

ANDY Carroll memadam kritikan terhadap persembahannya apabila menanduk masuk gol kemenangan Liverpool pada lewat permainan ketika menewaskan Everton 2-1, sekali gus memacu The Reds ke pentas final Piala FA, malam tadi.

Carroll — penyerang termahal bernilai 35 juta pound (RM168 juta) menyambut sepakan percuma Craig Bellamy pada minit ke-87 untuk meletakkan Liverpool di landasan gelaran berganda musim ini, selepas menjuarai Piala Liga sebelum ini.

“Ini perasaan paling baik. Kami bekerja keras dan mendapat gol akhirnya ada sesuatu yang hebat. Saya mendapat beberapa peluang dan sepatutnya menjaringkan gol lebih awal. 

“Tetapi saya terus mencuba dan hantaran Craig (Belammy) cukup baik, dan saya berjaya. Memang ada kritikan sebelum ini tetapi saya terus berusaha. Saya mendapatkan jaringan kemenangan ini dan ia cukup indah.” 

Jaringan kemenangan Carroll itu muncul selepas dua gol hasil kesilapan benteng pertahanan dengan Luis Suarez mengikat kedudukan pada minit ke-62 selepas bijak menyambar hantaran lemah ke belakang Sylvain Distin untuk penjaga gol Tim Howard. 

Penyerang Everton, Nikica Jelavic membuka tirai jaringan pada minit ke-24 apabila bola lantunan hasil sepakan lemah Jamie Carragher di dalam kotak penalti, disudahi penyerang Croatia itu dengan sepakan mudah menewaskan penjaga gol ketiga Liverpool, Brad Jones. 
Liverpool yang kini menduduki tangga kelapan liga, satu tangga di belakang Everton, akan bertemu sama ada Chelsea atau Tottenham Hotspur yang akan berentap dalam satu lagi aksi separuh akhir di Wembley, lewat malam ini. – Agensi



sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Redskefinal/Article

Perbezaan Dulu Dan Sekarang.



b
ertapa bezanya zaman dulu dan sekarang.kalau mau tau apa bezanya,lihat aja sendiri.




Jelas dan benar.

Betul.



Takde halnya, hehe.




14 Apr 2012

Keajaiban Kaabah Menurut Kajian Saintifik


Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia” (Al-Maa’idah:97)
Makkah ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t.
Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersembahyang. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut.
Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah. Mekah merupakan tanah suci di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia.
Menurut sejarah Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam as. Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as membina semula Kaabah, seterusnya pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul. Maka berlakulah beberapa rentetan peristiwa pembinaan semula Kaabah selepas itu.



Berikut adalah 16 perkara tentang Kaabah menurut kajian sains yang tidak diketahui ramai:
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
9. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
10. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
11. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
12. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
13. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
14. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
15. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
16. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
Wallahu’alam….

13 Apr 2012

Untuk pengetahuan semua pembaca blog Ewien's92,adf.ly kini telak mem'block' semua link2 daripada mediafire.com.Namun link2 Mediafire yang ada dalam Blog ini sudah di'backup' dan anda boleh mendownload seperti biasa.terima kasih.



Cara Menghilangkan Blacklist Smadav 8.9 2012



 SmadAV Pro 8.9 Terbaru Februari 2012
Inilah cara menghilangkan blacklist anti virus Smadav Pro rev yang mudah ini:
1. Pastikan Smadav tidak sedang dijalankan. (Cek Tray Icon, jika masih ada logo Smadav >> klik kanan - EXIT)

2. Hapus file "PIRΔSYS.DLL" yang ada di "C:\Windows\System32\PIRΔSYS.DLL" (Jika sudah tidak ada, lanjut ke langkah 3)

3. Jalankan 'Registry Editor'
(Caranya : Start - RUN - ketik: regedit) // (atau tekan tombol logo WINDOWS + R, ketik: regedit)

4. Klik "HKEY_CURRENT_USER - Software - Microsoft - Notepad"

5. Hapus "lfPitchΔndFamily", "lfPitchΔndFamily2", dan "lfPitchΔndFamily3"
(Pokoknya yang ada lfPitchΔndFamily-nya)

6. Tutup Registry Editor

7. Cek dulu Host File-nya, dengan cara: ke C:\Windows\System32\drivers\etc - Buka file 'hosts' dengan Notepad.
Jika ada tulisan '# 241.241.241.241 antipiracyworld.com', hapus tulisan itu - Lalu SAVE.

8. Silahkan jalankan SMADAV 8.8 yang ter-blacklist, nanti kembali HIJAU kembali

Semoga membantu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger