Halaman

2 Jan 2011

Bahasa Melayu Sabah


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Bahasa Melayu Sabah ialah Bahasa Melayu yang ditutur oleh masyarakat umum Sabah. Bahasa Melayu Sabah mempunyai persamaan yang banyak dengan Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu baku), namun terdapat perbezaan dalam perkataan-perkataan tertentu, penggunaan perkataan, serta cara penyampaian.





Isi kandungan

[sorok]

[sunting] Perbendaharaan kata

Bahasa Melayu Sabah banyak dipengaruh oleh variasi bahasa Melayu dari Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu Brunei, serta Bahasa Kadazan-dusun, bahasa-bahasa Filipina seperti Bahasa Suluk, bahasa Bajau, Bahasa Inggeris dan terdapat juga pengaruh loghat Cina Hakka. Beberapa contoh:
  • aisbok - peti sejuk
  • akun - menyerah, setuju
  • asuk - rancap, lancap
  • hampus - lelah, asma
  • bantut - pondan/ mak nyah
  • bahai - beg plastik
  • bas - van
  • bilang - cakap, berkata - Siapa bilang?
  • bos - bapa ('bos' digunakan secara meluas sebagai panggilan, contohnya: 'Hello bos' bermaksud 'Hello kawan/ encik, saudara')
  • bubut - kejar
  • buyung - burung (alat kelamin lelaki, zakar)
  • Buduh/Palui - Bodoh
  • celana - seluar
  • cewek - awek, teman wanita
  • cincai - tidak teratur - jangan buat karja(kerja) cincai
  • diorang/dorang - mereka
  • epol - epal
  • gerobak - kereta sorong
  • hamput - bersetubuh/ berzina
  • jambu - jelita
  • jamban ( jarang digunakan ) - "tandas"
  • jepit - kepit, sepit
  • jerak - serik
  • kapayas - buah betik
  • karan - elektrik - mati karan = blackout, terputus bekalan elektrik
  • kasi tau - beritahu
  • kelmarin - semalam
  • kelmarin dulu - kelmarin, kelmarin dulu (dialek Pantai Timur)
  • lilipan - lipan
  • limpang - baring
  • limpas - lepas (masa), lalu, atau lintas (seberang), tumpang lalu
  • lugai-lugai - tak tentu arah
  • mangkali - barangkali
  • mem - ibu
  • miring - "senget"
  • ndak/indak - tidak
  • ngam - sesuai
  • ngam-ngam(1) - cukup-cukup
  • ngam-ngam(2) - kebetulan
  • palui - bodoh
  • pancut - pancit
  • pantat - punggung
  • ping - ais
  • poncit - pancit
  • sapi - lembu
  • semalam - malam tadi
  • semberana - sengaja
  • sia - saya, dia (bahasa Suluk)
  • sigup - rokok
  • sikang - sudu
  • sikul/skul - sekolah
  • silaka/cilaka - Celaka
  • simpan - letak. Contoh: Ambil barang itu simpan sini (=letak di sini)
  • siring - tepi
  • siuk/siok - syok (bahasa percakapan), seronok
  • sot - gila ('Sot' sebenarnya mempunyai maksud yang agak mendalam. 'Sot' pada awalnya digunakan untuk benda-benda elektrik sofistikated yang rosak. Seperti Komputer sia sot - maksudnya 'Komputer saya ada yang tak kena / rosak'.)




[sunting] Penggunaan kata tambah -bah

Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai ialah kata tambah -bah yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah -bah mempunyai fungsi seperti berikut:
Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata
  • Iya bah. - Iya, lah.
Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Boleh diganti dengan kata "saya mula bercakap" (bagaimanapun, penggunaan kata ini tidak diguna dalam Bahasa Melayu Piawai. Selalunya digunakan pada permulaan kata.
  • Bah, pigi la kamu dulu - (Saya menjawab kamu) Pergilah kamu dulu.
Memberi maksud sudah, atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu ialah "Baiklah", atau "Begitulah".
  • Bah. - Baiklah
Kata tambahan -bah adalah contoh jelas pengaruh bahasa Kadazandusun ke atas Bahasa Melayu Sabah.

[sunting] Penggunaan "anu"

"anu" di dalam Bahasa Melayu piawai, bermaksud panggilan untuk orang ketiga. Biasanya perkataan ini digunakan untuk mengelakkan penggunaan nama sebenar. Contoh penggunaan Dia keluar dengan si"anu" semalam.. Bagaimanapun, perkataan "anu" dalam Bahasa Melayu Sabah mempunyai penggunaan yang luas.
Selain digunakan untuk merujuk kepada orang ketiga, "anu" juga digunakan untuk merujuk kepada barang. Contoh: "Kau sudah ambil itu anu?". Penggunaan anu biasanya merujuk kepada perkara yang diketahui oleh pembalas.
Pada kebiasaannya perkataan "anu" diguna untuk mengganti perkataan "apa" dalam Bahasa Melayu piawai.
"Anu" juga membawa maksud, aksi perbuatan. Kata ganti dalam Bahasa Melayu ialah "sudahkan" atau "buat".
Contoh: Macammana mau anu ni?. Jangan kasi anu tu!.

[sunting] Penyampaian

Cara penyampaian Bahasa Melayu Sabah agak berbeza dengan Bahasa Melayu piawai. Ini dapat diperhati dari segi sebutan bagi huruf vokal(a,e,i,o,u) dalam perkataan Melayu piawai.
Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sebutan 'i'
  • pigi - pergi
  • sijuk - sejuk
  • bisuk - besok
  • mimang - memang
  • cilaka (silaka) - celaka
Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sebutan 'a'
  • kamarin - kelmarin
  • paning - pening
  • bali - beli
  • karbau/krabau - kerbau
  • tarap - terap(Sejenis buah-buahan di sabah)
  • tambirang - Tembirang
  • sanapang - 'senapang
Pertukaran 'o' (seperti 'e' dalam "botak") kepada sebutan 'u'
  • bula - bola
  • urang - orang
  • buduh - bodoh
  • munyit - monyet
Pertukaran 'c' kepada sebutan 's' Huruf 'c' sering ditukarganti kepada sebutan huruf 's' melibatkan hampir semua perkataan.
Pertukaran 'r' kepada sebutan 'l' Huruf 'r' sering ditukarganti kepada sebutan huruf 'l' seperti perkataan telur disebut 'telul'
Terdapat juga perkataan yang mengabai sama sekali sebutan huruf vokal.
  • slipar - selipar
  • krusi - kerusi
  • triak - teriak'
  • brani - berani
  • tlefon - telefon
  • skarang - sekarang
  • tomat - tomato

[sunting] Penggunaan Berbeza

Terdapat juga perkataan Melayu yang jarang digunakan dalam Bahasa Melayu Piawai. Penggunaan perkataan-perkataan ini telah diganti dengan perkataan-perkataan lain.
Contohnya:
  • aku - saya
  • kau/ko - awak
  • periuk - kuali
  • celana - seluar
  • piring - pinggan
  • mengarti (mengerti) - faham
  • Nda payah - tak perlu
  • tia payah - tidak/tak payah
  • Tia tau - Tidak/tak tahu
  • ta'usah (tak usah) - jangan
  • munyit (monyet) - kera
  • minta puji - berlagak (sombong)
  • jandila/jinjila (jendela) - tingkap
Terdapat juga perkataan yang membawa maksud yang berlainan sekali.
  • tapuk - sorok
  • biasa - nakal

[sunting] Kesimpulan

Disebabkan oleh penggunaan kata yang tidak jauh berbeza daripada Bahasa Melayu Piawai, agak mudah untuk membiasakan diri dengan penggunaan Bahasa Melayu Sabah.
Walaupun Bahasa Melayu baku adalah bahasa rasmi Sabah, Malaysia, namun secara umumnya Bahasa Melayu Sabah merupakan bahasa komunikasi yang utama di negeri Sabah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...